Hi! Hari ni aku nak kongsikan sedikit tips belajar yang aku amalkan. Yeap, aku pilih tajuk ini memandangkan musim peperiksaan yang kiat dekat dan semestinya student U macam aku ni ada je yang study last minute kaaaaan. haha.
Beberapa hari sahaja tinggal sebelum bermulanya peperiksaan Final secara rasminya.
Sebelum tu, marilah kita sama-sama doakan ujian yang telah menimpa beberapa buah negeri di pantai timur akibat banjir yang makin hari makin teruk. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan? Moga kalian tabah dan kuat hadapi ujian ini. Ada hikmah dan pastinya ada balasan baik yang menanti kalian yang tabah dalam hadapi dugaan ini.
Bersambung semula kepada topik kita,
aku nak kongsikan sedikit tips la yang aku amalkan dari segi cara aku belajar. Alhamdulillah, mendatangkan banyak hasil yang positif lah. Benda ni memang aku amalkan, lagi lagi waktu kat matriks. and alhamdulillah, aku dapat 4 Flat utk both semester.
Dari segi belajar, aku bukan lah jenis yang rajin dan fokus nokk tiap tiap perkataan lecturer cakap.
Tapi apa yang aku selalu buat, aku akan rakam suara lecturer tu, so bila aku tengah buat tutorial dan aku blank, aku akan dengar suara lecturer yang merdu tu. aumm.
Second, aku akan pastikan, tutorial aku siap sepenuhnya, dan aku takkan copy paste dari orang. Sebab melalui tutorial itu lah kita boleh tahu, sama ada kita faham ke tak dengan topik yang kita belajar tu dan kalau ada silap, so kita lebih mudah ingat. tapi tak dinafikan ah, ada masa dan ketika, aku meng kopi pasta jugak dari kawan. yela kan, dak dak rajin buat kerja last minute. its normal man! tapi walaupun copy paste, aku akan make sure apa yang aku copy tu aku faham lah. So in case kalau ada silap, aku boleh perbetulkan. Kat situ pun still ada nampak lagi yang kita study tentang topik tu. Melalui tutorial dan latihan-latihan tambahan yang diberikan tu jugak kita dapat sebatikan diri kita dengan soalan yang bakal kita jawab time exam. Yela, apa guna lecturer bagi soalan bebanyak macam tu kalau bukan dia nak kita berlatih menjawab soalan-soalan dan mahir.
Third, aku suka belajar bersendirian. Ni bukan pasal kedekut ilmu or whatsoever der. Setiap orang ada gaya pembelajaran mereka masing-masing. dan aku pilih untuk lebih menyendiri. Sebab bila aku study, aku akan mendalami betul-betul setiap satu topik itu. So, kalau ade kekeliruan, aku akan pastikan yang aku betul-betul faham la. tanak la, okay dah study semua, dah baca. tapi bila ditanya dalam exam, tak dapat jawab. sebabnya? Sebab kita baca sahaja, tidak memahami.
orang cakap, belajar sendiri ni kekadang mengantukkan. Memang mengantukkan, lagi-lagi kalau subjek tu subjek membacaaa je. So ada masa, selang-selang tu aku santai-santai la layan movie ke ape-ape ke.
Seterusnya, aku suka kongsikan ilmu. ecewah. ni bukan riak okay. Tapi, aku pernah dengar, bila kita kongsikan sesuatu dengan rakan, lagi banyak ilmu yang kita dapat. Yela, bila hati kita ikhlas, nak ajar kawan kita tu sampai dia betul-betul faham, kita bukan je dapat pahala sebab tolong org waktu susah, bahkan dapat doa dari dia lagi. Dan, ia satu langkah yang baik, sebab bila kita bercakap, kita lebih mudah untuk mengingati. Andai ada tersalah, kawan kita tu boleh perbetulkan. kaaaan?
Next, aku belajar untuk memahami kehendak soalan. Contohnya, kalau subjek ni, soalan macam mana selalu keluar. Macam mana cara kita hendak jawab. Kadang-kadang, ada orang yang dia study 24 jam, buat tuto tapi tidak dapat perform dengan baik waktu exam. Mungkin kekurangannya di sini, di mana dia study sesuatu topik tu, tapi tak tahu format yang sesuai dan yang benar-benar beri markah.
Dan yang terakhir, aku selalu ingat pesan cikgu aku waktu form 3. Jangan pernah buka buku 5 or 10 minit sebelum peperiksaan. itu akan membuatkan kita lebih keliru dan cepat gabra. Waktu tu lebih baik korang baca doa dan try untuk recap semula apa yang korang dah study tanpa tengok buku or bincang dengan orang lain. Haaa! bincang dengan orang lain pun satu perkara yang patut dielakkan, sebab tu juga akan menambahkan kekeliruan.
Ada lagi.. Something yang rata-rata orang anggap kecil, tapi nilai diaa. Huhu. Restu seorang guru. Restu mak bapak tak usah cakap la. Memang la sebagai seorang anak kita kena jaga.
Tapi restu dengan guru ni yang jaraaaang sangat diambil berat oleh student.
Mcm mana nak jaga restu?
Senang je, walau apa pun yang lecturer buat or cakap, jangan berdendam or kutuk. Jangan benci dia sepenuh hati (memang tak dinafikan sebagai seorang manusia, aku ada jugak annoyed dengan lecturer) tapi jaga betul-betul adab kita bila berhadapan dengan mereka.
bukan setakat dengan lecturer je kaaan, semua orang kita kena jaga adab.
Jangan selalu ponteng kelas. Once keberkatan tu ditarik, jangan ditanya kenapa kamu tak boleh perform dengan baik. Macam mana nak perform dengan baik kalau ilmu yang korang dapat tu dah disekat?
Sekian, tu sahaja yang dapat aku kongsikan. Ingat, setiap orang ada cara belajar dia yang tersendiri. Pilihlah cara mana yang korang nak pilih dan korang rasa selesa. Sebab lain orang lain cara. Yang penting, Setkan dalam hati, niat nak belajar kerana Allah. Inshaa Allah, setiap apa yang kita bakal dapat, kita redha dan terima, kerana itu yang terbaik yang Allah dah tetapkan untuk kita.
Buat yang terbaik untuk diri sendiri, bukan orang lain. Inshaa Allah, hati akan tenang.
Sekian, wassalam. :)
 |
| Bila kamu tidak tahan betapa peritnya belajar, kamu akan merasakan betapa peritnya kebodohan. |