Tuesday, December 30, 2014

Azam tahun baru (kah?)

Tahun 2014 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Agak-agak azam korang tahun ni dah tercapai tak?

Ok krik krik. Aku tahu. Sebab bukannya ada orang baca pun blog ni. haha. Teknologi kian maju. Orang lebih layan Facebook, Twitter, Instagram, Wechat dan lain-lain la. Ingat lagi tahun 2012, waktu tu penggunaan smartphone tak berleluasa lagi. So ramai lah yang rajin meng-update blog, siap buat tutorial bagai. "Cara-cara nak cantikkan blog", "cara nak letak lagu dalam blog". Sekarang ni? Bila aku search, post yang ada kebanyakannya 2 years ago, 3 years ago. Adakah blog kian lapuk? kira old skool ah ni kalau update kat blog?
Bagi aku tak kot.


So berbalik kepada cerita kita tadi,


Tahun 2014 kian melabuhkan tirainya.
Aku akui, sepanjang tahun ni, banyak peristiwa pahit yang telah berlaku, khususnya kepada Malaysia dan negara-negara lain.

Misalnya..

  • MH370 lost



  • Israel massive attack on Palestine 
  • MH17 crash
  • One of the worst flood nation history
  • QZ8501 crash


Yang pastinya semua yang berlaku ni telah meragut banyak nyawa. Sama-samalah kita doakan semua yang terkorban dalam peristiwa ni dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.

Al-Fatihah.
Aku percaya setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Allah takkan menguji umatnya di luar kemampuan umat itu sendiri.
Aku berharap, tahun 2015 dapat berikan impak yang baik untuk aku.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Kita boleh merancang, tapi Allah yang menentukan qada' dan qadar seseorang itu.

So, azam aku sempena tahun baru ni, 2015

Aku naaaaaak hmmm.. hihi

ofkos la berubah. Berubah menjadi yang lebih baik daripada dahulu. Tapi mampukah?

Inshaa Allah. Aku yakin, dengan adanya Allah di sisi aku dan orang di sekeliling aku, aku akan cuba mengubah diri aku menjadi lebih baik.Lebih taat.  Lebih rajin. Lebih patuh. Lebih sabar. Dan Lebih kuat.

Setiap kali aku rasa nak mengeluh atas kesusahan yang melanda diri aku, aku patut bangun dan berkata "ada yang lebih susah dari aku. Ya. Aku kena kuat!"

Hidup aku waktu di matrik dan ukm sangatlah ketara. Aku tak tahulah sama ada dia mendatangkan baik atau buruk bagi aku. tapi.... hmm.. andai diberi peluang untuk perbetulkan saaaaatu je benda tu. Aku rasa it will be better here. Tapi kira ok jugak lah. hahaha. awal-awal dulu asyik nangis je. (bukan sebab homesick okay). Mungkin belum adapt lagi kot. dah lama-lama terbiasa..
Biaselah. I am that kind of person yang nothing special to befriend with.

hmmmm aku rindu kenangan di matrik dulu. sobss.

ok la. dah buntu idea dah ni nak cakap apa. soooooo, adios amigos. aku berambus. tata!

see you in next entry. :)


0 people love to smile :):